1. Belajarlah dari asas dan beramallah dari asas, nescaya kamu akan menjadi insan yang istiqamah. Amal yang sedikit
tetapi berterusan akan melahirkan natijah-natijah yang baik dan bermanafaat...
2.Aku bertanya: Bagaimana ingin menjadi orang yang dekat dengan Tuhan?
Guru menjawab: Dekatilah Dia...
3. Aku bertanya: Bagaimana mahu mendekati Dia?
Guru menjawab: Dekatilah apa yang disukaiNya dan tinggalkan apa yang mnjadi
kebencianNya......
4. Aku bertanya: Perlukah seorang hamba mengenal dirinya?
Guru menjawab: Mengenal dirimu itu adalah salah satu cara pengenalan kepadaNya, setiap sesuatu dijadikan berpasangan dan Yang Tidak Dijadikan bertentangan keadaanNya dengan segala yang dijadikan...
5. Aku bertanya: Perlukah kita berteman dalam pencarian dan perjalanan menuju kepadaNya?
Guru menjawab: Berteman lebih baik dari bersendiri, semoga rohani kamu bertemu dengan rohani yang tidak bertentangan...
6. Aku bertanya: Bolehkah kita marah?
Guru menjawab: Boleh, kerana ianya fitrah. Cuma, letakkan kemarahan atas tempatnya...
7. Aku bertanya: Bagaimana mahu meletakkan kemarahan atas tempatnya?
Guru menjawab: Marahlah kerana Dia bukan kerana nafsu.
8. Aku bertanya: Bukankah marah itu sendiri adalah nafsu, bagaimana mahu marah tanpa nafsu?
Guru menjawab: Itulah dia fitrah, nafsu itu adalah kehendak dan fitrah kita hidup bersamanya atas dasar alat, nafsu itu hanya alat bukan matlamat.
9. Aku bertanya: Bagaimana mahu mengetahui yang kita marah kerana Allah?
Guru menjawab: Kenalilah nafsu...
10. Aku bertanya: Bagaimana mahu mengenali nafsu?
Guru menjawab: Tiliklah hatimu dengan ilmu...
11. Aku bertanya: Apakah masalah besar salik?
Guru menjawab: Bergantung dengan makhluk...
12. Aku bertanya: Apakah antara amalan yang paling baik buat salik?
Guru menjawab: Menahan lidah...
13. Aku bertanya: Mengapa menahan lidah itu penting?
Guru menjawab: Menahan lidah itu mendekati wara’.
14. Aku bertanya: Mengapa wara’ itu penting?
Guru menjawab: Kerana ianya akan mengembalikan insan kepada fitrah...
15. Aku bertanya: Adakah kembali kepada fitrah itu penting?
Guru menjawab: Ianya penting kerana mengenali fitrah diri insan itu akan menjadikan diri kita sebagai seorang hamba
yang sedar diri...
Aku bertanya: Apakah ikutan yang paling baik buat salik?
Guru menjawab: Ikuti syariat sepenuh hatimu...
Dari Abi Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mu'min (serupa) dengan apa yang telah diperintahkan kepada Rasul-rasul, maka Allah telah berfirman: " Hai Rasul-Rasul! Makanlah dari segala sesuatu yang baik, dan bekerjalah kamu dengan pekerjaan yang baik". Dan firman-Nya lagi: " hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari apa-apa yang baik yang telah kami rezekikan kepadamu." Kemudian baginda telah menceritakan seorang laki-laki yang telah jauh perjalanannya, berambut kusut penuh dengan debu. Dia menadahkan kedua tangannya ke langit dan berkata: 'wahai Tuhan' wahai Tuhan' sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan barang yang haram, maka bagaimana akan diterima permintaannya?" (Muslim)
17. Pesan guru: Beradablah kerana adab itu cermin hatimu...
18. Aku bertanya: Bagaimana mahu dikasihi oleh Allah?
Guru menjawab: Kasihilah seluruh makhlukNya di muka bumi...
19. Pesan guru: Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a. telah berkata:"saya pernah berada di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, maka baginda bersabda: "hai anak! Aku akan mengajarkan engkau beberapa kalimat: " Jagalah Allah pasti Allah menjaga engkau. Jagalaha Allah pasti engkau akan mendapatkanNya dihadapanmu. Jika engkau minta, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jika bersatu umat manusia untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepadamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka dapat mencelakakan kamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepadamu, telah diangkat kalam dan telah kerng (tinta) lembaran-lembaran itu."
Dan dalam riwayat selain tarmizi:"jagalah (peliharalah) kenangan ingatan kepada Allah, pasti engkau mendapatkan-Nya dihadapanmu. Hendaklah mengenal Allah pada masa lapang(senang), pasti Allah akan mengenal engkau pada masa sempit (susah). Ketahulilah bahawa apa yang harus menyimpang (tidak mengenai) daripadamu, tidak akan mengenai engkau, dan apa yang harus mengenai engkau tidak akan menyimpang daripadamu. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kemenangan ada beserta kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan ada beserta kesusahan dan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
Pesan guru lagi: Berprasangka baiklah dengan Tuhanmu dengan sebaik-baik juga selayak-layak sangkaan...
amiin YA ALLAH....amiin YA RAHMAN....amiin YA RAHIM....
YA RABBAL'ALAMIN.....
T..(^_^)



0 comments:
Post a Comment