Bismillahirrahmanirrahim...=)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....(^_^)
(1)Katakanlah (Muhammad), " Dia lah Allah, Yang Maha Esa.
(2)Allah tempat meminta segala sesuatu.
(3)(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
(4)Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia."
[Al-Ikhlas:1-4]
Pagi yang gelap, kini sudah terang...lalala~*(^_^)*
Alhamdulillah...masih lagi diberi nafas untuk menyambung & berkongsi kisah Kaab Bin Malik dengan para sahabat semua...=). jOm, kita teruskan pengembaraan kisah ini....
Sambungan kisah KAAB BIN MALIK
Begitulah yang aku hadapi selama 40 hari.....
Dalam tempoh itu, Raja Ghasasinah menghantar surat kepada aku, 'Telah sampai kepada kami apa yang muhammad lakukan kepada kamu sedangkan kedudukan kamu dalam kaum kamu lebih mulia drp diperlakukan begitu. Kalau kamu datang kepada kami nescaya kami akan muliakan kamu'. Berlaku pergolakan dalam diri aku, memilih Madinah, pesuruh Allah yang memboikot aku ataupun kerajaan Ghasasinah yang memberi tawaran kepada aku. Aku tahu ini ujian untuk aku. Aku lemparkan surat ini ke dalam api supaya hati aku selamat.
Selepas 40 hari, Muhammad menghantar wakil kepada aku memerintahkan aku tidak menggauli isteriku . Aku bertanya kepadanya," Adakah pesuruh Allah mengarahkan aku menceraikan isteriku?"
Wakil itu berkata, 'tidak perlu diceraikan. Pesuruh Allah mengarahkan kamu tidak menggaulinya sahaja." Aku menyuruh isteri aku pulang ke rumah keluarganya. Isteri aku mengatakan kepada aku, " Hilal dan Mararah mengekalkan isteri mereka di rumah mereka. Hanya mereka tidak menggauli isteri mereka."
Aku berkata kepada Isteriku, "Mereka sudah tua, tetapi aku masih muda. Nanti apa kata pesuruh Allah kepada aku." Lebih baik kamu pulang ke rumah keluarga kamu. Selama ini, hanya isterinya sahaja yang bercakap dengannya.
Akhirnya, aku sampai ke tahap merasakan dunia ini terlalu sempit. Diri aku benar2 tertekan. Aku rasa tidak mampu membawa diri lagi. Selepas 50 hari berlalu kami diboikot! Ketika aku sedang bersembahyang di atas bumbung rumahku, aku mendengar satu jeritan. 'Wahai Kaab bergembiralah.' Rupa2nya turun ayat pengampunan kepada kami. Dua orang sahabatku berkejar memberitahuaku. Seorang menunggang kuda, seorang lagi berjalan kaki, kerana rasa ketinggalan,naik ke tempat tinggi dan menjerit supaya suaranya sampai dulu kepadaku. Aku bersyukur dengan berita ini, aku hadiahkan baju yang aku pakai kepadanya sedangkan itu sahaja pakaian aku. Aku terpaksa meminjam baju isteriku. Apabila aku ke Masjid Nabawi, semua orang datang mengucapkan tahniah kepada aku. Kerana ramainya orang, aku menghadapi kesulitan untuk sampai ke masjid. Akhirnya aku berjaya masuk ke dalam masjid. Pada masa itu, pesuruh Allah sedang duduk bersama para sahabat yang utama. Aku memberi salam. Mereka semua menjawap salam aku. Talhah bin Ubaydillah bangun dan memeluk aku dan mengucapkan tahniah diatas pengampunan drp Allah. Demi Allah, aku tidak akan lupakan perbuatannya ini.
Selepas itu, pesuruh Allah berkata kepadaku, " bergembiralah, wahai Kaab bin Malik. Bergembiralah dengan hari yang paling baik kamu lalui sejak kamu dilahirkan oleh ibumu."
Allah mengampunkan mereka bertiga dengan turunnya ayat 117 hingga 118 daripada surah at-taubah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menerima taubat nabi dan org2 Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya berjuang dalam masa kesukaran, sesudah hampir2 terpesong hati segolongan drp mereka drp menurut nabi berjuang. kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha mengasihani ke atas mereka. Dan Allah menerima pula taubat tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat mereka sehingga bumi yang luas ini terasa sempit kpd mereka kerana mereka dipulaukan dan hati mereka pula menjadi sempit kerana menanggung dukacita serta mereka yakin tidak ada tempat untuk mereka lari daripada kemurkaan Allah melainkan kembali bertaubat kepadanya, kemudian Allah memberi taufik kepada serta menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat Lagi Maha Mengasihani."
Begitulah indahnya tarbiah Allah kepada hambanya..selagi kita yakin bahawa Allah maha pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya. jangan lah kita putus asa dengan rahmatnya...Alhamdulillah...Maka tamatlah cerita untuk setakat ini...(^_^)
marilah kita same2 mengambil iktibar drp cerita ini....
"Then whenever you've tried, put your trust to Allah. Allah loves those who put their trust ti Him." [Ali-Imran:159]
peAce no wAr...*(^_^)*T
Monday, January 16, 2012
Masih KAAB BIN MALIK...=)
Posted by Hawa_T at 9:03 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Sunday, January 15, 2012
KISAH KAAB BIN MALIK
Assalamualaikum wbt....(^_^)
Alhamdulillah...segala puji-pujian hanya bg ALLAH...
kita masih diberi peluang untuk membuat sedikit amal sebagai bekalan untuk di bawa ke sana...=)
T no longer work at Pejabat Pertanian Ganu as T-GAS...Now as housekeeping n also penjual kuih berjaya..insyaallah...hehe...pd pagi yg indah lg nyaman nie...sambil2 menunggu pelanggan dtg beli kuih...sempat la T amik kesempatan bercerita kisah Kaab Bin Malik...seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang diampunkan Allah kerana telah bertaubat di atas kesalahan beliau tidak ikut serta pergi berperang bersama Rasulullah S.A.W semasa peperangan Tabuk. Kisah ini boleh dijadikan teladan untuk kita bersama kerana sesungguhnya janganlah kita sentiasa mencari alasan untuk menolak perjuangan islam. selagi termampu...buat la semampu yg boleh..insyaallah.
KISAH KAAB BIN MALIK
Apabila Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, para anak dan kaum ibu menyambut kepulangan tentera dengan nasyid sebagai sambutan yang meriah kerana kepulangan tentera islam yang menang. Orang- orang yang ketinggalan dalam peperangan ini ada empat kategori iaitu:
- Yang diperintahkan supaya tinggal di Madinah seperti Ali dan Muhammad Bin Maslamah. Mereka ini mendapat pahala seperti orang yang keluar bersama nabi Muhammad S.A.W.
- Golongan yang dimaafkan. Mereka adalah orang2 yang sakit, cacat, dan sangat miskin sehingga tidak mampu menyediakan keperluan keluar bersama nabi Muhammad S.A.W
- Mereka yang ingkar dengan arahan nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah Abu Lubabah dan kawan- kawannya. Begitu juga Kaab dan dua org lain drp ahli Badar.
- Golongan munafik yang memberi alasan kepada nabi Muhammad S.A.W. Golongan ini Allah bongkar alasan mereka dan alasan mereka dan Allah mengeji mereka
Mereka berkata, "Wahai pesuruh Allah, kami ketinggalan drp menyertai perang. Biarlah kami begini sehingga Muhammad membebaskan kami."
Muhammad berkata,"Demi Allah, aku tidak membebaskan mereka sehingga Allah mengampunkan mereka." Allah menurunkan ayat kepada mereka dalam surah at-taubah ayat 102. Apabila Allah melihat keikhlasan taubat mereka, Allah mengampunkan mereka. Mereka adalah Abu Lubabah dan kawan-kawannya.
Mereka membawa semua harta mereka kepada nabi dan menyerahkannya kepada beliau. "wahai pesuruh Allah! Inilah harta2 kami yang meyebabkan kami tertinggal daripada berjihad. Sebagai taubat daripada kami, kami mahu berkorban semua harta kami ini. Muhammad berkata," Aku tidak diperintahkan mengambil harta kamu."
Mereka merayu juga kepada muhammad supaya menerima harta mereka kerana harta itulah yang melalaikan mereka. Akhirnya turun ayat 103 drp surah at-taubah yang bermaksud, ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka daripada dosa dan menyucikan mereka drp akhlak yang buruk; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bg mereka. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui."
Nabi muhammad S.A.W mengambil sebahagian harta mereka kerana itu adalah perintah Allah. Beliau memulangkan sebahagian lagi kepada mereka. itu adalah pengampunan daripada Allah selepas mereka mengaku dan menyesal di atas kesalahan serta bertaubat dan menebus kesalahan mereka.
Selepas itu, Kaab bin Malik datang berjumpa nabi Muhammad S.A.W. Kaab menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya."Aku berkata dalam hati, 'Demi Allah, aku tidak akan selamat melainkan aku jujur.' Semasa aku tiba kepada pesuruh Allah, beliau tersenyum kepadaku tetapi senyuman seorang yang marah.
Nabi Muhammad S.A.W bertanya, 'Kenapa kamu ketinggalan, wahai Kaab?' Aku menjawab, "Wahai pesuruh Allah, demi Allah aku tidak pernah mempunyai harta sebanyak yang aku punyai pada hari itu. Demi Allah, aku tidak mempunyai sebarang alasan kerana ketinggalan. semuanya kerana kelalaian, kecuaian dan kelemahan aku.'
Nabi Muhammad S.A.W berkata, " Orang ini bercakap jujur." Kata2 nabi ini menjelaskan, orang lain yang datang dengan berbagai alasan semuanya berbohong. Nabi tidak bertindak apa2 kepada aku. Hukuman bg orang yang tidak ikut berperang tanpa alasan, mereka ditangguhkan sehingga ada ketentuan drp Allah. Mereka adalah adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi'.
Kaab berkata, "Selepas aku membuat pengakuan dan penyerahan kepada Nabi, Aku pulang ke rumah. Pada masa itu kaumku datang kepada ku dan semuanya memberitahu aku, org lain yg memberi alasan semuanya dimaafkan nabi muhammad S.A.W. Kenapa kamu tidak memberi alasan kepada nabi. Nabi Muhammad S.A. W akan meminta ampun bg kamu. Atas desakan ini, aku hampir2 pulang kepada nabi Muhammad S.A.W bg memberi alasan kerana aku mmg pandai berhujah. Aku bertanya kepada kaumku adakah orang lain yang tidak memberi alasan sepertiku. Mereka memberitahu ada dua org iaitu Hilal dan Mararah. Apabila mengetahui dua org ahli badar juga memberi jawapan seperti aku, aku tekad biarlah apa yg berlaku, aku kan bersama mereka. Aku tidak jadi pulang kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk memberi alasan."
Allah melambatkan pengampunan golongan ini kerana mereka tidak sampai peringkat kesungguhan taubat Abu Lubabah dan kawan2nya yang mengikat diri di dlm masjid dan mengorbankan semua harta mereka bg menebus dosa.
Kaab berkata, " Selepas itu datang arahan kepada semua penduduk Madinah supaya tidak bercakap dengan kami. Semua penduduk Madinah memboikot kami sehingga kau memberi salam kepada mereka pun mereka tidak menjawab. Kedua-dua org sahabatku mereka hanya duduk di rumah, merintah, menangis dan bertaubat kepada Allah. tetapi aku masih muda. Aku tetap keluar ke pasar dan ke masjid. Semua orang tidak melayan aku. Aku tetap bersabar. Apabila aku datang ke masjid semua orang tidak melayan aku. Aku tetap bersabar. Apabila aku datang ke masjid, aku memberi salam kepada pesuruh Allah dan para sahabat. Tidak ada seorang pun menjawab salam aku. Aku melihat bibir pesuruh Allah bergerak2, tetapi aku tidak mendengar beliau menjawap salam. Semasa sembahyang, aku mencuri pandang kepada pesuruh Allah. Aku melihat beliau memandang aku, tetapi apabila aku memandangnya, beliau berpaling daripada aku. begitulah yg aku hadapi selama 40 hari.....
to be continued....=)T
Posted by Hawa_T at 9:47 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Monday, January 9, 2012
ThAnk U...=)
Bismillahirrahmanirrahim...*(^_^)*
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah...syukur yg x terhingga Ya Allah...
kerana masih diberi peluang & ruang menulis lagi di saat ini....
menyambung perjuangan yg x kan pernah selesai...
menginsafi diri yang lemah lagi kerdil..hidup di duniaMu...
"wahai Allah yg mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yg Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yg Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yg mati dan Engkau keluarkan yg mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yg Engkau kehendaki tanpa hisab" [Ali Imran: 26-27]
seribu satu erti yg perlu dimengertikan...
hidup di dunia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada rObbnya...
sahabat2...marilah same2 saling ingat-mengingatkan...
mengertilah bahawa...nasihat darimu sahabat memberi sedikit sirna untuk memulakan sinaran cahaya yg baru..meninggalkan ingatan & dOsa kelam yang lalu...T di sini juga dalam usaha membaiki diri....Ya ALLAH...tunjuki daku jalan yg lurus...amin. seperti yg selalu kita minta dalam solat kita....huhu...
sedikit kata2 T nukilkan untuk ingatan diri ini dan juga sahabat:
ThAnk U...
ThAnk U ALLAH... ThAnk U fOr giving all UR lOve...
ThAnk U fOr giving me chances... ThAnk U fOr everY SinglE thinG...
sOmetimes...i dO regret tHinGs...
bUt...with U... U promise..alwayS by mYsidE...
thEn...I' ll bE bAck...
I do remEmber All oF UR ni'mat...
wAnna be UR obediEnt slAve...nO mAtter hOw...nO mAtter whAt...I' ll trY my bEst...insyaALLAH...PleAse yA ALLAH...Let mE becOme A sOlehaH girL...Let mE becOme A sOlehaH daUgthEr...Let mE becOme a sOlehaH wiFe...sOlehaH in EverYsingLe dOing...liVe in UR wOrld...seek Ur redhO...tO bE in JANNAH...AmiN...=)
peAce nO wAr...*(^_^)* T
Posted by Hawa_T at 9:07 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Tuesday, December 1, 2009
Belajar bukan sekadar dalam kelas...
Assalamualaikum...
alhamdulillah...setinggi2 kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana saat ini...
ku masih diberi olehNya kemampuan untuk menulis dalam blog nie...
dah lame sgt x menulis rasenye...maklumlah busy dengan hal2 duniawi namun
sebgai seorang hamba Allah SWT di muka bumi ini...aku sedar, diri ini hanyalah musafir dunia
yang mencari bekalan untuk menuju ke akhirat sana yang kekal selamnya...
Syurga yang di cari....tp perlu kpd redhaNya...
"Redha ibu bapa, redha Allah"...
sejauh mana umat manusia berpegang dengan kata2 ini....
maksudnya....berapa ramai ank2 di zaman melinium ini menghormati ibu bapa mereka...
kita...kita...atau lebih khusus...aku yang hidup di zaman ini....
perlukan redha ibu bapaku untuk menggapai redhaNya...
nasihat luqmanul hakim....
hormatilah ibu bapamu...
kerana ibumu bersusah payah melahir, membesar dan mendidikmu...
bapamu memeliharamu, mencari nafkah untuk keluargamu....
berbaktilah kepada kedua ibu bapamu....
tertiba plak terkenang zaman skolah2 dulu....
terbaca artikel dalam surau skolah...
dalam artikel tu ada tercatat....
".....hargailah kedua ibu bapamu selagi mereka hidup...
jika bukan sekarang...bila lagi???
....kalau mereka pergi sebelum sempat kamu mengucap kata
sayang....kamu pasti akan menyesal untuk selamanya...."aku perlu menyayangi
mereka kerana aku tahu...kalau bukan aku yang pergi dulu pasti mereka yang kembali dulu...
"kerana sesungguhnya kepada Allah jualah kita di kembalikan..." Surah Yaasin: 83
Sementara masih ada masa....insyaallah...marilah sama2...
sahabat2 ku....kita menghargai kedua ibu bapa kita....
lalu aku tersedar...jika selama ini aku endah x endah
segala apa yang kedua ibu bapa ku katakan...
mulai saat itu aku lebih menghargai mereka....
kerana ada sahabat2ku di luar sana yang sudah tidak mempunyai ibu @ bapa...
atau kedua2 nya....mereka pasti sedih kerana x dpt berbakti kepada keduanya...
aku....aku...yang masih punya keduanya...
wajib untuk ku....menghormati keduanya...
insyaallah.....
untuk mendapat lebih kepastian...
bukalah surah luqman...
di dalam Kalam Allah SWT itu terdpt seribu nasihat yang bermakna..
buat diriku untuk ku amalkan dan juga buat sahabatku....di luar sana
bagiku...ilmu yang sedikit ini lebih bermakna jika aku amalkan
di samping aku mencari lagi ilmu untuk menambah ilmu di dadaku...
berbanding segunung ilmu yang ada di dada tp x diamalkan....
bak kata pepatah arab....ilmu tanpa amal ibarat pokok x berbuah....
Apa erti pula dengan belajar bukan sekadar dalam kelas...
the meaning of it is....mencontohi tauladan yang baik dan menjauhi yang tidak baik...
atau dengan kata lain...yang lebih tepat...
"amar ma'ruf nahi mungkar...."
aku punya akal untuk berfikir...kamu juga begitu...
berfikir apa yang dilihat...yang berlaku di sekeliling kita...
Allah SWT kurniakan akal bukanlah untuk disia-siakan ...
tetapi memikirkan kebesaran Allah SWT yang luas x bertepi...
aku juga sedang berusaha untuk mencari redhaNya....
marilah kita sama2 mencari redhaNya...
insyaallah... sesungguhnya Allah Sentiasa bersama dengan hambaNya...
yang sentiasa berusaha untuk mendekatiNya.....
marilah kita sama2 berdoa supaya sentiasa di jalanNya....amiin
Doakan juga kesejahteraan kedua ibu bapa kita...
tetiba umi panggil lak...have 2 go...
nant T sambung....(^_~)
Posted by Hawa_T at 4:51 PM 2 comments
Labels: suri tauladan
Monday, October 26, 2009
Iman Semut.
Sambungan...
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
perbuatan yang dimulai dengan membaca basmalah
akan mendapat berkat drp ALLAH S.W.T...
bukannya susah pun nak bacakn???
betul x???
betul...betul...betul...(upin & ipin)
hehe....so, jom kita pratikkan setiap perbuatan kita dengan membaca basmalah...
pinjam ayat dr izie...
"renung2kan dan selamat beramal.."
Alhamdulillah...
masih lagi berpeluang untuk manyambung cerita...
cerita pasal iman semut yang T nak ceritakan sebelum nie....hehe...
bermulalah alkisah...iman semut...
IMAN SEMUT
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak
seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini
hendak hidup di atas batu yang kering di tengah- tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan
cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH. aku percaya rezeki di tangan ALLAH,
aku yakin di atas batu kering di padang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah kau makan? Apakah yang engkau gemar makan?
Dan banyak mana kau makan dalam sebulan?". Jawab semut: Aku makan hanya sekadar biji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu
dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji gandum dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu
kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya
dari Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup,
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah iman semut.
Moral of the story is...
Yakin bahawa ALLAH itu sentiasa ada disamping kita...
Rezeki, Ajal..Maut, Jodoh...pertemuan di tangan ALLAH S.W.T
yang penting usaha....
so, apalagi T???
usaha...usaha...usaha....
insyaallah...
mestT mencuba untuk mendapat yang terbaik dalam
apa2 pun....
Sahabat kat luar sana pun sama...jom kita berusaha....
T...(^_~)
Posted by Hawa_T at 8:08 PM 0 comments
Labels: suri tauladan
Sekadar Perkongsian....
Alhamdulillah...sebaik -baik kalimah ucapan syukur....
tanda syukur kpd Allah yang mencipta dan meminjamkan
T segalanya...
alhamdulillah ...alhamdulillah...alhamdulillah...
dapat lagi menaip dan menekan butang2 lap top nie...
huhu...sedih mengenangkan betapa lemahnya diri ini...
hanya diberi sedikit ujian...tetapi sedih sepanjang hari....
T...
cuba kenang...kisah Muhammad bin Abdullah...
Rasullah S.A.W yang seisi alam mengasihi dan mencintainya...
sentiasa diuji...dihina, dicerca, disakiti dan macam2 lagi...
tp Baginda x pernah nak membalas tp menerima dgn redha...
malahan mendoakan mereka...semoga mendapat kebaikan...
Ya Allah...kekasihmu begitu kental menghadapi ujian dariMu...
ujian itu untuk menguji keimanan kamu T...
ingat...T...
huhu...
sabar...
sabar sebahagian drp iman...
T penah cakap nak kutip sebahagian+sebahagian+...+sebahagian
dengan sabar coz ia akn jadi=1...
so...sabar ek T...
insyaallah...amiin...
tetiba T teringat...
penah dapat risalah...
risalah 2 cukup menyedarkan T...
alhamdulillah....
bleh la T kongsi ngan sahabat2 kat luar sane....
risalah nie simple + banyak moral value...
dalam risalah 2 ada satu cerita...
cerita: IMAN SEMUT...
T.... time 2 study!!!
nant T sambung ek...
insyaallah...
jika Allah masih memberi T kesempatan....
nantikan sambungan....
Posted by Hawa_T at 1:33 PM 0 comments
Labels: suri tauladan
Monday, October 5, 2009
Study...study..study..
Assalamuaikum...
semoga selamat....semoga sejahtera semua saudara islam ku...
x kira kat mane....seluruh nusantara...segenap pelosok dunia....
berilah kekuatan kpd diri ku dan saudara ku dalam memerangi
hawa nafsu juga saudara ku yg sedang hebat berperang di Palestin dan di mana jua...
Semoga dikurniakan kemenangan oleh ALLAH....
amiin....
T...
selamat pagi!!!
ucapan untuk diriku....
semoga lebih bersemangat menghadapi ujian2 dari kekasihku....
bak kata kekasihku....
aku x kan mengujimu kalo aku tahu kau x mampu....(surah 2:286)
insyaallah....saya akan bersabar dgn ujianmu....
kerna sabar itu sebahagian drp iman....
malu pun sebahagian dari iman...
kebersihan pun sebahagian drp iman....
oleh kerana saya amik kos matematik....
kenalah praktikkan....hehe...(^_^)
kalu mengikut perkiraan....
sebahagian +sebahagian+sebahagian+...+sebahagian=1
maka akan complete lah iman tu...=1
so...T,bersabarlah untuk mengutip sebahagian tu....
bagaimana sahabat di luar sana???
jom...kita sama2....
bila dah complete baru kekasih saya suka...hehe
org len...untuk kekasih sanggup bt ape je....
saya pun sanggup gak untuk kekasih saya....hehe
saya x kisah kalu kongsi kekasih saya...
sebab saya tahu kekasih saya maha adil....
dia x pernah melupakn saya...hehe
happy nye saya....
saya jelous bila orang suka dia...
tp saya x marah...sebab saya akan lebih bersemangt untuk buat yang terbaik...
terbaik untuk mendapat redhanya....
insyaallah...amiin...
kekasihku=pakweku
hehe...dok cite pasal pakwe je tahu T nie....
studylh...cari ilmu...
nanti kekasih ko x suke kt ko....huhu
sebab ko x berilmu...huhu
study=mencari ilmu
k..k...cite pasal study plak...
doaku semoga kekasihku...
permudahkan urusanku...
urusan di dunia dan akhirat....
lapangkan dadaku....
semoga org-org di sekeliling ku memahami perkataanku....
ishk3....kekasih lagi...
takpe2...kekasih nie len dari len...
d only ONE....
kat mane tadi ek....
haaa...pasal study...
final dah nak dekat..tp rase mcm x cukup lg study...
mmg pun...hehee...
minggu depan lak melambak test...huhu
T....study lah....
untuk teman2 ku....selamat study gak...
T doakan semoga semua berjaya....insyaallah...
kita same2 bt yang terbaik...
mencari redha ALLAH....
gembirakan hati umi dan abah!!!!
redha kedua ibu bapa, redha ALLAH....
so...apa lag T....usaha k....jgn putus asa....
jooooom....study!!!!!
T...(^_~)
Posted by Hawa_T at 9:14 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Sunday, October 4, 2009
Pesan Guru....
1. Belajarlah dari asas dan beramallah dari asas, nescaya kamu akan menjadi insan yang istiqamah. Amal yang sedikit
tetapi berterusan akan melahirkan natijah-natijah yang baik dan bermanafaat...
2.Aku bertanya: Bagaimana ingin menjadi orang yang dekat dengan Tuhan?
Guru menjawab: Dekatilah Dia...
3. Aku bertanya: Bagaimana mahu mendekati Dia?
Guru menjawab: Dekatilah apa yang disukaiNya dan tinggalkan apa yang mnjadi
kebencianNya......
4. Aku bertanya: Perlukah seorang hamba mengenal dirinya?
Guru menjawab: Mengenal dirimu itu adalah salah satu cara pengenalan kepadaNya, setiap sesuatu dijadikan berpasangan dan Yang Tidak Dijadikan bertentangan keadaanNya dengan segala yang dijadikan...
5. Aku bertanya: Perlukah kita berteman dalam pencarian dan perjalanan menuju kepadaNya?
Guru menjawab: Berteman lebih baik dari bersendiri, semoga rohani kamu bertemu dengan rohani yang tidak bertentangan...
6. Aku bertanya: Bolehkah kita marah?
Guru menjawab: Boleh, kerana ianya fitrah. Cuma, letakkan kemarahan atas tempatnya...
7. Aku bertanya: Bagaimana mahu meletakkan kemarahan atas tempatnya?
Guru menjawab: Marahlah kerana Dia bukan kerana nafsu.
8. Aku bertanya: Bukankah marah itu sendiri adalah nafsu, bagaimana mahu marah tanpa nafsu?
Guru menjawab: Itulah dia fitrah, nafsu itu adalah kehendak dan fitrah kita hidup bersamanya atas dasar alat, nafsu itu hanya alat bukan matlamat.
9. Aku bertanya: Bagaimana mahu mengetahui yang kita marah kerana Allah?
Guru menjawab: Kenalilah nafsu...
10. Aku bertanya: Bagaimana mahu mengenali nafsu?
Guru menjawab: Tiliklah hatimu dengan ilmu...
11. Aku bertanya: Apakah masalah besar salik?
Guru menjawab: Bergantung dengan makhluk...
12. Aku bertanya: Apakah antara amalan yang paling baik buat salik?
Guru menjawab: Menahan lidah...
13. Aku bertanya: Mengapa menahan lidah itu penting?
Guru menjawab: Menahan lidah itu mendekati wara’.
14. Aku bertanya: Mengapa wara’ itu penting?
Guru menjawab: Kerana ianya akan mengembalikan insan kepada fitrah...
15. Aku bertanya: Adakah kembali kepada fitrah itu penting?
Guru menjawab: Ianya penting kerana mengenali fitrah diri insan itu akan menjadikan diri kita sebagai seorang hamba
yang sedar diri...
Aku bertanya: Apakah ikutan yang paling baik buat salik?
Guru menjawab: Ikuti syariat sepenuh hatimu...
Dari Abi Hurairah r.a. : Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mu'min (serupa) dengan apa yang telah diperintahkan kepada Rasul-rasul, maka Allah telah berfirman: " Hai Rasul-Rasul! Makanlah dari segala sesuatu yang baik, dan bekerjalah kamu dengan pekerjaan yang baik". Dan firman-Nya lagi: " hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari apa-apa yang baik yang telah kami rezekikan kepadamu." Kemudian baginda telah menceritakan seorang laki-laki yang telah jauh perjalanannya, berambut kusut penuh dengan debu. Dia menadahkan kedua tangannya ke langit dan berkata: 'wahai Tuhan' wahai Tuhan' sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan barang yang haram, maka bagaimana akan diterima permintaannya?" (Muslim)
17. Pesan guru: Beradablah kerana adab itu cermin hatimu...
18. Aku bertanya: Bagaimana mahu dikasihi oleh Allah?
Guru menjawab: Kasihilah seluruh makhlukNya di muka bumi...
19. Pesan guru: Dari Abi al-Abbas Abdillah bin Abbas r.a. telah berkata:"saya pernah berada di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, maka baginda bersabda: "hai anak! Aku akan mengajarkan engkau beberapa kalimat: " Jagalah Allah pasti Allah menjaga engkau. Jagalaha Allah pasti engkau akan mendapatkanNya dihadapanmu. Jika engkau minta, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jika bersatu umat manusia untuk memberikan manfaat (kebaikan) kepadamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka dapat mencelakakan kamu kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepadamu, telah diangkat kalam dan telah kerng (tinta) lembaran-lembaran itu."
Dan dalam riwayat selain tarmizi:"jagalah (peliharalah) kenangan ingatan kepada Allah, pasti engkau mendapatkan-Nya dihadapanmu. Hendaklah mengenal Allah pada masa lapang(senang), pasti Allah akan mengenal engkau pada masa sempit (susah). Ketahulilah bahawa apa yang harus menyimpang (tidak mengenai) daripadamu, tidak akan mengenai engkau, dan apa yang harus mengenai engkau tidak akan menyimpang daripadamu. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kemenangan ada beserta kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan ada beserta kesusahan dan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
Pesan guru lagi: Berprasangka baiklah dengan Tuhanmu dengan sebaik-baik juga selayak-layak sangkaan...
amiin YA ALLAH....amiin YA RAHMAN....amiin YA RAHIM....
YA RABBAL'ALAMIN.....
T..(^_^)
Posted by Hawa_T at 5:57 PM 0 comments
Labels: suri tauladan
Tuesday, June 30, 2009
Renung2kan....dan selamt berAMal....
SILA RENUNGKAN....
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :.........
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
"sampaikanlah walau satu ayat"...
Posted by Hawa_T at 1:59 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
terima kasih CINTA...
alhamdulillah...
dah lame cuti....br dpt bk blog blk...
byk pengalaman baru....cuti 2 bulan...
keje....
kat tempat keje baru??
eemmm...mcm2 jenis perangai,gaya,style....mcm2lh...
bak iklan astro..."mcm2 ada !!!!"
pengalaman mengajar aku erti kehidupan...bukan apa yang kita sangka dan harapkan semua indah dan seperti yg kt sangka...
hari pertama keje...
awak pekerja baru??
ye puan...
awak pasti awak bleh buat keje berat...
insyaallah bleh puan...
keje ape ek??
awak jadi room attandent...
dengan kata lain...housekeeping...
apo ko bondo eh jang????
alah...kemas bilik.. basuh toilet...vacuum bilik....
eemmm...interesting, menarik2....aku pun mulalh...
dari kul 9 pg smpi 5ptg....
aduh....mak!!!! sakitnye....abih satu badan lenguh2....
bantainye minyak afiat...gamat...janji bdn elok...
seminggu kemudian....
selame satu minggu..aku keje kat situ...satu staff pun aku x nmpak yg solat...
isk2...pelik pun ada... ABC sedunia ke???
kebetulan first day keje kt situ aku ABC...doklh rehat dalam bilik rehat....
2 yg bleh perasan 2...mula2 aku ingat aku silap pk tp....memang betul....
waktu rehat adalah sekadar untuk menambah dan menebalkn make up or
lg best..."touch up...."
isk2....
lg best kalo bt overtime...katanya qada je solat..
entah tok guru mane diambilnye ilmu...
sedangkan org sakit pun kena solat
apalagi yang chat tubuh badan...
xde cacat cela....
astaghfirullah....
Ya ALLAH...
betapa dunia sudah akhir zaman...
Ya ALLAH...
aku mohon padaMU...
janganlah KAU pesongkan hatiku,
setelah ko berikan hidayahMU...
tetapkanlah hatiku pada agamaMU
kat cni bukan aku nak cite pasal buruk orang2 kt situ
tp mengingatkn diri sendiri...dan sahabat2 ku
solat 2 bukan bleh bt main2...
tiang agama...
kalo dah x solat ...
apa lg tiang yang kita nk dirikan...
mmg aku terkilan dan sedih...melihat kejadian td 2...
bila dunia dah akhir zaman...
manusia cbuk mengejar harta dan kekayaan..
yang wajib di tinggalkan...
ingatlah DIRI INI & sahabat2...
amalan yang pertama dihitung adalah SOLAT...
kalo x solat...mcm mane nk hitung amalan lain...
Wahai sahabat2...
marilah kt sama berdoa...
semoga kt senantiasa berada di jalanNYA....
solatlah sebelum kita disolatkan....
moral value:
jangan tinggal SOLAT...
jangan terlalu mengejar harta dunia....
kerana....
dunia ini makin dikejar makin pergi...meninggalkan kita...
tetapi akhirat...makin dicari makin dtg mendekat....
akhir kalam...
sekadar ingatan untuk DIRI INI...
segala kekurangan...teguran
insyaallah...diterima dgn hati yg terbuka...
wallahualam....(^_^)
Posted by Hawa_T at 12:35 AM 0 comments
Labels: suri tauladan


