Assalamualaikum....
selamat sejahtera ke atas kamu...=)
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih, Maha penyayang....=)
Alhamdulillah...
Segala Puji hanya bagi Allah...=)
Alhamdulillah....Hari nie...x tau la nk cite ape...tp sekadar satu perkongsian yg ingin dikongsi bersama teman2..
Hidup nie..Allah dah aturkan yg terbaik cuma saye perlu memilih...
pilihan tu la yang kadang2 x mudah...kena pilih yang baik...untuk memilih kena la minta pd Allah.saya diberi pilihan..tp jika sudah ketentuan Allah...dan ketetapan dariNya...saya kena la redha.huhu...Kerana saye yakin setiap ketentuan itu adalah yang terbaik untuk saye...saye kena yakin.Sabar menghadapi apa jua ujian yang mendatang.seperti seorang murid menerima ujian daripada seorang guru. ujian tu bertujuan ingin melihat sejauh mane tahap saye...begitu juga ujian drp Allah...Allah ingin lihat setakat mane saya beriman dengan Dia...doa ku pada Allah...smg Allah sentiasa memberi petunjuk agar dpt memilih yang terbaik....sentiasa berada dalam redha & lindungan Allah S.W.T...(^_^)....
sbb saye nie cuma penumpang di dunia, di bumi Allah yg sementera nie....saye mesti ingat apa yg saye dapat, apa yg saye perolehi hanya lah pinjaman sementera yg Allah beri pada saye...jgn la saye jadi hamba yang lupa dan lalai dengan dunia yg sementera nie...kerana dunia dan isinya hanya permainan yang digambarkan indah...sedangkan ada lagi tempat untuk saye...yang lebih indah...Allah janji kan syurga yang indah...saye minta apa je akan terkabul tetapi untk ke syurga perlu la berkorban...seperti saya ingin berjaya dlm hidup..saya usaha...jadi..samelah..kalo saye nak masuk syurga saya pun kena usaha..usaha menjadi hamba Allah...yang Allah redha...amin...
rasenye setakat tu dulu...insyaallah..dengan izinNya....T sambung lagi..=)
T...peAce...(^_^)V
Monday, January 23, 2012
cite2...
Posted by Hawa_T at 10:58 AM 0 comments
Labels: sahabat
Monday, January 16, 2012
Masih KAAB BIN MALIK...=)
Bismillahirrahmanirrahim...=)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....(^_^)
(1)Katakanlah (Muhammad), " Dia lah Allah, Yang Maha Esa.
(2)Allah tempat meminta segala sesuatu.
(3)(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
(4)Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia."
[Al-Ikhlas:1-4]
Pagi yang gelap, kini sudah terang...lalala~*(^_^)*
Alhamdulillah...masih lagi diberi nafas untuk menyambung & berkongsi kisah Kaab Bin Malik dengan para sahabat semua...=). jOm, kita teruskan pengembaraan kisah ini....
Sambungan kisah KAAB BIN MALIK
Begitulah yang aku hadapi selama 40 hari.....
Dalam tempoh itu, Raja Ghasasinah menghantar surat kepada aku, 'Telah sampai kepada kami apa yang muhammad lakukan kepada kamu sedangkan kedudukan kamu dalam kaum kamu lebih mulia drp diperlakukan begitu. Kalau kamu datang kepada kami nescaya kami akan muliakan kamu'. Berlaku pergolakan dalam diri aku, memilih Madinah, pesuruh Allah yang memboikot aku ataupun kerajaan Ghasasinah yang memberi tawaran kepada aku. Aku tahu ini ujian untuk aku. Aku lemparkan surat ini ke dalam api supaya hati aku selamat.
Selepas 40 hari, Muhammad menghantar wakil kepada aku memerintahkan aku tidak menggauli isteriku . Aku bertanya kepadanya," Adakah pesuruh Allah mengarahkan aku menceraikan isteriku?"
Wakil itu berkata, 'tidak perlu diceraikan. Pesuruh Allah mengarahkan kamu tidak menggaulinya sahaja." Aku menyuruh isteri aku pulang ke rumah keluarganya. Isteri aku mengatakan kepada aku, " Hilal dan Mararah mengekalkan isteri mereka di rumah mereka. Hanya mereka tidak menggauli isteri mereka."
Aku berkata kepada Isteriku, "Mereka sudah tua, tetapi aku masih muda. Nanti apa kata pesuruh Allah kepada aku." Lebih baik kamu pulang ke rumah keluarga kamu. Selama ini, hanya isterinya sahaja yang bercakap dengannya.
Akhirnya, aku sampai ke tahap merasakan dunia ini terlalu sempit. Diri aku benar2 tertekan. Aku rasa tidak mampu membawa diri lagi. Selepas 50 hari berlalu kami diboikot! Ketika aku sedang bersembahyang di atas bumbung rumahku, aku mendengar satu jeritan. 'Wahai Kaab bergembiralah.' Rupa2nya turun ayat pengampunan kepada kami. Dua orang sahabatku berkejar memberitahuaku. Seorang menunggang kuda, seorang lagi berjalan kaki, kerana rasa ketinggalan,naik ke tempat tinggi dan menjerit supaya suaranya sampai dulu kepadaku. Aku bersyukur dengan berita ini, aku hadiahkan baju yang aku pakai kepadanya sedangkan itu sahaja pakaian aku. Aku terpaksa meminjam baju isteriku. Apabila aku ke Masjid Nabawi, semua orang datang mengucapkan tahniah kepada aku. Kerana ramainya orang, aku menghadapi kesulitan untuk sampai ke masjid. Akhirnya aku berjaya masuk ke dalam masjid. Pada masa itu, pesuruh Allah sedang duduk bersama para sahabat yang utama. Aku memberi salam. Mereka semua menjawap salam aku. Talhah bin Ubaydillah bangun dan memeluk aku dan mengucapkan tahniah diatas pengampunan drp Allah. Demi Allah, aku tidak akan lupakan perbuatannya ini.
Selepas itu, pesuruh Allah berkata kepadaku, " bergembiralah, wahai Kaab bin Malik. Bergembiralah dengan hari yang paling baik kamu lalui sejak kamu dilahirkan oleh ibumu."
Allah mengampunkan mereka bertiga dengan turunnya ayat 117 hingga 118 daripada surah at-taubah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menerima taubat nabi dan org2 Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya berjuang dalam masa kesukaran, sesudah hampir2 terpesong hati segolongan drp mereka drp menurut nabi berjuang. kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha mengasihani ke atas mereka. Dan Allah menerima pula taubat tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat mereka sehingga bumi yang luas ini terasa sempit kpd mereka kerana mereka dipulaukan dan hati mereka pula menjadi sempit kerana menanggung dukacita serta mereka yakin tidak ada tempat untuk mereka lari daripada kemurkaan Allah melainkan kembali bertaubat kepadanya, kemudian Allah memberi taufik kepada serta menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat Lagi Maha Mengasihani."
Begitulah indahnya tarbiah Allah kepada hambanya..selagi kita yakin bahawa Allah maha pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya. jangan lah kita putus asa dengan rahmatnya...Alhamdulillah...Maka tamatlah cerita untuk setakat ini...(^_^)
marilah kita same2 mengambil iktibar drp cerita ini....
"Then whenever you've tried, put your trust to Allah. Allah loves those who put their trust ti Him." [Ali-Imran:159]
peAce no wAr...*(^_^)*T
Posted by Hawa_T at 9:03 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Sunday, January 15, 2012
KISAH KAAB BIN MALIK
Assalamualaikum wbt....(^_^)
Alhamdulillah...segala puji-pujian hanya bg ALLAH...
kita masih diberi peluang untuk membuat sedikit amal sebagai bekalan untuk di bawa ke sana...=)
T no longer work at Pejabat Pertanian Ganu as T-GAS...Now as housekeeping n also penjual kuih berjaya..insyaallah...hehe...pd pagi yg indah lg nyaman nie...sambil2 menunggu pelanggan dtg beli kuih...sempat la T amik kesempatan bercerita kisah Kaab Bin Malik...seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang diampunkan Allah kerana telah bertaubat di atas kesalahan beliau tidak ikut serta pergi berperang bersama Rasulullah S.A.W semasa peperangan Tabuk. Kisah ini boleh dijadikan teladan untuk kita bersama kerana sesungguhnya janganlah kita sentiasa mencari alasan untuk menolak perjuangan islam. selagi termampu...buat la semampu yg boleh..insyaallah.
KISAH KAAB BIN MALIK
Apabila Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, para anak dan kaum ibu menyambut kepulangan tentera dengan nasyid sebagai sambutan yang meriah kerana kepulangan tentera islam yang menang. Orang- orang yang ketinggalan dalam peperangan ini ada empat kategori iaitu:
- Yang diperintahkan supaya tinggal di Madinah seperti Ali dan Muhammad Bin Maslamah. Mereka ini mendapat pahala seperti orang yang keluar bersama nabi Muhammad S.A.W.
- Golongan yang dimaafkan. Mereka adalah orang2 yang sakit, cacat, dan sangat miskin sehingga tidak mampu menyediakan keperluan keluar bersama nabi Muhammad S.A.W
- Mereka yang ingkar dengan arahan nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah Abu Lubabah dan kawan- kawannya. Begitu juga Kaab dan dua org lain drp ahli Badar.
- Golongan munafik yang memberi alasan kepada nabi Muhammad S.A.W. Golongan ini Allah bongkar alasan mereka dan alasan mereka dan Allah mengeji mereka
Mereka berkata, "Wahai pesuruh Allah, kami ketinggalan drp menyertai perang. Biarlah kami begini sehingga Muhammad membebaskan kami."
Muhammad berkata,"Demi Allah, aku tidak membebaskan mereka sehingga Allah mengampunkan mereka." Allah menurunkan ayat kepada mereka dalam surah at-taubah ayat 102. Apabila Allah melihat keikhlasan taubat mereka, Allah mengampunkan mereka. Mereka adalah Abu Lubabah dan kawan-kawannya.
Mereka membawa semua harta mereka kepada nabi dan menyerahkannya kepada beliau. "wahai pesuruh Allah! Inilah harta2 kami yang meyebabkan kami tertinggal daripada berjihad. Sebagai taubat daripada kami, kami mahu berkorban semua harta kami ini. Muhammad berkata," Aku tidak diperintahkan mengambil harta kamu."
Mereka merayu juga kepada muhammad supaya menerima harta mereka kerana harta itulah yang melalaikan mereka. Akhirnya turun ayat 103 drp surah at-taubah yang bermaksud, ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka daripada dosa dan menyucikan mereka drp akhlak yang buruk; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bg mereka. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui."
Nabi muhammad S.A.W mengambil sebahagian harta mereka kerana itu adalah perintah Allah. Beliau memulangkan sebahagian lagi kepada mereka. itu adalah pengampunan daripada Allah selepas mereka mengaku dan menyesal di atas kesalahan serta bertaubat dan menebus kesalahan mereka.
Selepas itu, Kaab bin Malik datang berjumpa nabi Muhammad S.A.W. Kaab menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya."Aku berkata dalam hati, 'Demi Allah, aku tidak akan selamat melainkan aku jujur.' Semasa aku tiba kepada pesuruh Allah, beliau tersenyum kepadaku tetapi senyuman seorang yang marah.
Nabi Muhammad S.A.W bertanya, 'Kenapa kamu ketinggalan, wahai Kaab?' Aku menjawab, "Wahai pesuruh Allah, demi Allah aku tidak pernah mempunyai harta sebanyak yang aku punyai pada hari itu. Demi Allah, aku tidak mempunyai sebarang alasan kerana ketinggalan. semuanya kerana kelalaian, kecuaian dan kelemahan aku.'
Nabi Muhammad S.A.W berkata, " Orang ini bercakap jujur." Kata2 nabi ini menjelaskan, orang lain yang datang dengan berbagai alasan semuanya berbohong. Nabi tidak bertindak apa2 kepada aku. Hukuman bg orang yang tidak ikut berperang tanpa alasan, mereka ditangguhkan sehingga ada ketentuan drp Allah. Mereka adalah adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi'.
Kaab berkata, "Selepas aku membuat pengakuan dan penyerahan kepada Nabi, Aku pulang ke rumah. Pada masa itu kaumku datang kepada ku dan semuanya memberitahu aku, org lain yg memberi alasan semuanya dimaafkan nabi muhammad S.A.W. Kenapa kamu tidak memberi alasan kepada nabi. Nabi Muhammad S.A. W akan meminta ampun bg kamu. Atas desakan ini, aku hampir2 pulang kepada nabi Muhammad S.A.W bg memberi alasan kerana aku mmg pandai berhujah. Aku bertanya kepada kaumku adakah orang lain yang tidak memberi alasan sepertiku. Mereka memberitahu ada dua org iaitu Hilal dan Mararah. Apabila mengetahui dua org ahli badar juga memberi jawapan seperti aku, aku tekad biarlah apa yg berlaku, aku kan bersama mereka. Aku tidak jadi pulang kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk memberi alasan."
Allah melambatkan pengampunan golongan ini kerana mereka tidak sampai peringkat kesungguhan taubat Abu Lubabah dan kawan2nya yang mengikat diri di dlm masjid dan mengorbankan semua harta mereka bg menebus dosa.
Kaab berkata, " Selepas itu datang arahan kepada semua penduduk Madinah supaya tidak bercakap dengan kami. Semua penduduk Madinah memboikot kami sehingga kau memberi salam kepada mereka pun mereka tidak menjawab. Kedua-dua org sahabatku mereka hanya duduk di rumah, merintah, menangis dan bertaubat kepada Allah. tetapi aku masih muda. Aku tetap keluar ke pasar dan ke masjid. Semua orang tidak melayan aku. Aku tetap bersabar. Apabila aku datang ke masjid semua orang tidak melayan aku. Aku tetap bersabar. Apabila aku datang ke masjid, aku memberi salam kepada pesuruh Allah dan para sahabat. Tidak ada seorang pun menjawab salam aku. Aku melihat bibir pesuruh Allah bergerak2, tetapi aku tidak mendengar beliau menjawap salam. Semasa sembahyang, aku mencuri pandang kepada pesuruh Allah. Aku melihat beliau memandang aku, tetapi apabila aku memandangnya, beliau berpaling daripada aku. begitulah yg aku hadapi selama 40 hari.....
to be continued....=)T
Posted by Hawa_T at 9:47 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Monday, January 9, 2012
ThAnk U...=)
Bismillahirrahmanirrahim...*(^_^)*
Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah...syukur yg x terhingga Ya Allah...
kerana masih diberi peluang & ruang menulis lagi di saat ini....
menyambung perjuangan yg x kan pernah selesai...
menginsafi diri yang lemah lagi kerdil..hidup di duniaMu...
"wahai Allah yg mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yg Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yg Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yg mati dan Engkau keluarkan yg mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yg Engkau kehendaki tanpa hisab" [Ali Imran: 26-27]
seribu satu erti yg perlu dimengertikan...
hidup di dunia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada rObbnya...
sahabat2...marilah same2 saling ingat-mengingatkan...
mengertilah bahawa...nasihat darimu sahabat memberi sedikit sirna untuk memulakan sinaran cahaya yg baru..meninggalkan ingatan & dOsa kelam yang lalu...T di sini juga dalam usaha membaiki diri....Ya ALLAH...tunjuki daku jalan yg lurus...amin. seperti yg selalu kita minta dalam solat kita....huhu...
sedikit kata2 T nukilkan untuk ingatan diri ini dan juga sahabat:
ThAnk U...
ThAnk U ALLAH... ThAnk U fOr giving all UR lOve...
ThAnk U fOr giving me chances... ThAnk U fOr everY SinglE thinG...
sOmetimes...i dO regret tHinGs...
bUt...with U... U promise..alwayS by mYsidE...
thEn...I' ll bE bAck...
I do remEmber All oF UR ni'mat...
wAnna be UR obediEnt slAve...nO mAtter hOw...nO mAtter whAt...I' ll trY my bEst...insyaALLAH...PleAse yA ALLAH...Let mE becOme A sOlehaH girL...Let mE becOme A sOlehaH daUgthEr...Let mE becOme a sOlehaH wiFe...sOlehaH in EverYsingLe dOing...liVe in UR wOrld...seek Ur redhO...tO bE in JANNAH...AmiN...=)
peAce nO wAr...*(^_^)* T
Posted by Hawa_T at 9:07 AM 0 comments
Labels: suri tauladan
Thursday, January 5, 2012
i'm bAck...(^_^)
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah...masih diberi peluang view blog nie...
mmg dah lame sgt x bukak blog nie..huhu..
kena buat sedikit refreshment untuk blog nie...heE...
rase rindu sgt kat kwn2...
betul ckp 'org tue2'..kalo da stat keje...
lost life kejap...pastu br la bleh arrange blik jadual 2...rase mcm nak tulis mcm2 lg tp mase x berapa fix..emm..
nak buat sesuatu yang ALLAH suka mmg perlukan kekuatan...
carilah mase untuk selalu 'date' dgn DIA...for sure DIA sentiasa ada masa untuk kite...(^_^)
insyaALLAH...
i 'll be bAck later...=)
T...(^_^)
Posted by Hawa_T at 2:30 PM 0 comments
Labels: sahabat


