Assalamualaikum wbt....(^_^)
Alhamdulillah...segala puji-pujian hanya bg ALLAH...
kita masih diberi peluang untuk membuat sedikit amal sebagai bekalan untuk di bawa ke sana...=)
T no longer work at Pejabat Pertanian Ganu as T-GAS...Now as housekeeping n also penjual kuih berjaya..insyaallah...hehe...pd pagi yg indah lg nyaman nie...sambil2 menunggu pelanggan dtg beli kuih...sempat la T amik kesempatan bercerita kisah Kaab Bin Malik...seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang diampunkan Allah kerana telah bertaubat di atas kesalahan beliau tidak ikut serta pergi berperang bersama Rasulullah S.A.W semasa peperangan Tabuk. Kisah ini boleh dijadikan teladan untuk kita bersama kerana sesungguhnya janganlah kita sentiasa mencari alasan untuk menolak perjuangan islam. selagi termampu...buat la semampu yg boleh..insyaallah.
KISAH KAAB BIN MALIK
Apabila Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, para anak dan kaum ibu menyambut kepulangan tentera dengan nasyid sebagai sambutan yang meriah kerana kepulangan tentera islam yang menang. Orang- orang yang ketinggalan dalam peperangan ini ada empat kategori iaitu:
- Yang diperintahkan supaya tinggal di Madinah seperti Ali dan Muhammad Bin Maslamah. Mereka ini mendapat pahala seperti orang yang keluar bersama nabi Muhammad S.A.W.
- Golongan yang dimaafkan. Mereka adalah orang2 yang sakit, cacat, dan sangat miskin sehingga tidak mampu menyediakan keperluan keluar bersama nabi Muhammad S.A.W
- Mereka yang ingkar dengan arahan nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah Abu Lubabah dan kawan- kawannya. Begitu juga Kaab dan dua org lain drp ahli Badar.
- Golongan munafik yang memberi alasan kepada nabi Muhammad S.A.W. Golongan ini Allah bongkar alasan mereka dan alasan mereka dan Allah mengeji mereka
Golongan munafik ynag tidak ikut berperang datang memberi alasan kepada nabi Muhammad S.A.W. Jumlah mereka lebih drp 80 orang. nabi Muhammad S.A.W meraikan pengakuan lahir mereka. Apabila Nabi tiba di Masjid Nabawi, ada tujuh sahabat di dalam masjid yang mengurung diri dan mengikat diri mereka di tiang masjid.
Mereka berkata, "Wahai pesuruh Allah, kami ketinggalan drp menyertai perang. Biarlah kami begini sehingga Muhammad membebaskan kami."
Muhammad berkata,
"Demi Allah, aku tidak membebaskan mereka sehingga Allah mengampunkan mereka." Allah menurunkan ayat kepada mereka dalam surah at-taubah ayat 102. Apabila Allah melihat keikhlasan taubat mereka, Allah mengampunkan mereka. Mereka adalah Abu Lubabah dan kawan-kawannya.
Mereka membawa semua harta mereka kepada nabi dan menyerahkannya kepada beliau. "wahai pesuruh Allah! Inilah harta2 kami yang meyebabkan kami tertinggal daripada berjihad. Sebagai taubat daripada kami, kami mahu berkorban semua harta kami ini. Muhammad berkata," Aku tidak diperintahkan mengambil harta kamu."
Mereka merayu juga kepada muhammad supaya menerima harta mereka kerana
harta itulah yang melalaikan mereka. Akhirnya turun ayat 103 drp surah at-taubah yang bermaksud, ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah zakat, supaya dengannya engkau membersihkan mereka daripada dosa dan menyucikan mereka drp akhlak yang buruk; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bg mereka. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui."
Nabi muhammad S.A.W mengambil sebahagian harta mereka kerana itu adalah perintah Allah. Beliau memulangkan sebahagian lagi kepada mereka. itu adalah pengampunan daripada Allah selepas mereka mengaku dan menyesal di atas kesalahan serta bertaubat dan menebus kesalahan mereka.
Selepas itu, Kaab bin Malik datang berjumpa nabi Muhammad S.A.W. Kaab menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya."Aku berkata dalam hati, 'Demi Allah, aku tidak akan selamat melainkan aku jujur.' Semasa aku tiba kepada pesuruh Allah, beliau tersenyum kepadaku tetapi senyuman seorang yang marah.Nabi Muhammad S.A.W bertanya, 'Kenapa kamu ketinggalan, wahai Kaab?' Aku menjawab, "Wahai pesuruh Allah, demi Allah aku tidak pernah mempunyai harta sebanyak yang aku punyai pada hari itu. Demi Allah, aku tidak mempunyai sebarang alasan kerana ketinggalan. semuanya kerana kelalaian, kecuaian dan kelemahan aku.'
Nabi Muhammad S.A.W berkata, " Orang ini bercakap jujur." Kata2 nabi ini menjelaskan, orang lain yang datang dengan berbagai alasan semuanya berbohong. Nabi tidak bertindak apa2 kepada aku. Hukuman bg orang yang tidak ikut berperang tanpa alasan, mereka ditangguhkan sehingga ada ketentuan drp Allah. Mereka adalah adalah Kaab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi'.
Kaab berkata, "Selepas aku membuat pengakuan dan penyerahan kepada Nabi, Aku pulang ke rumah. Pada masa itu kaumku datang kepada ku dan semuanya memberitahu aku, org lain yg memberi alasan semuanya dimaafkan nabi muhammad S.A.W. Kenapa kamu tidak memberi alasan kepada nabi. Nabi Muhammad S.A. W akan meminta ampun bg kamu. Atas desakan ini, aku hampir2 pulang kepada nabi Muhammad S.A.W bg memberi alasan kerana aku mmg pandai berhujah. Aku bertanya kepada kaumku adakah orang lain yang tidak memberi alasan sepertiku. Mereka memberitahu ada dua org iaitu Hilal dan Mararah. Apabila mengetahui dua org ahli badar juga memberi jawapan seperti aku, aku tekad biarlah apa yg berlaku, aku kan bersama mereka. Aku tidak jadi pulang kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk memberi alasan."
Allah melambatkan pengampunan golongan ini kerana mereka tidak sampai peringkat kesungguhan taubat Abu Lubabah dan kawan2nya yang mengikat diri di dlm masjid dan mengorbankan semua harta mereka bg menebus dosa.
Kaab berkata, " Selepas itu datang arahan kepada semua penduduk Madinah supaya tidak bercakap dengan kami. Semua penduduk Madinah memboikot kami sehingga kau memberi salam kepada mereka pun mereka tidak menjawab. Kedua-dua org sahabatku mereka hanya duduk di rumah, merintah, menangis dan bertaubat kepada Allah. tetapi aku masih muda. Aku tetap keluar ke pasar dan ke masjid. Semua orang tidak melayan aku. Aku tetap bersabar. Apabila aku datang ke masjid semua orang tidak melayan aku. Aku tetap bersabar. Apabila aku datang ke masjid, aku memberi salam kepada pesuruh Allah dan para sahabat. Tidak ada seorang pun menjawab salam aku. Aku melihat bibir pesuruh Allah bergerak2, tetapi aku tidak mendengar beliau menjawap salam. Semasa sembahyang, aku mencuri pandang kepada pesuruh Allah. Aku melihat beliau memandang aku, tetapi apabila aku memandangnya, beliau berpaling daripada aku. begitulah yg aku hadapi selama 40 hari.....
to be continued....=)T