BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, December 28, 2009

puisi rindu

Pernah satu ketika aku merindu
merindu kekasih yang x pasti
tapi rindu itu tetap hadir

pernah satu ketika rindu itu hadir
hadir tanpa aku inginkan
tapi rindu itu menyesakkan
menyesakkan jiwa yang sememangnya sesak
lebih sesak dari kesesakan jalan

aku berfikir
berfikir untuk menghilangkan sesak itu
lalu ku temui cinta nan suci
suci dan abadi
cinta dan rindu pada yang satu
cinta ilahi
cintaNya memberi ketenangan
rinduNya penuh kedamaian

pantaskah aku mencintaiNya
dengan keadaanku yang begini
aku hambamu...
berilah aku petunjukMu
untuk terus mencari cintaMu
untuk terus merinduiMu
segenap jiwaku

bukan cinta manusia
yang hanya sementara
sedangkan cintaMu
melimpah ruah kepada hambaMu

aku bermunajat kepadaMu
untuk terus mencintaiMu...
untuk terus mencintaiMu...
untuk terus mencintaiMu...
amiin...ya Rabbalalamin...

T...(^_^)

Sunday, October 4, 2009

Aku ingin bercinta.....

Beruntunglah orang

yang bercinta dengan

Allah kerana mendapat

perhatian, cinta dan

Kasih sayangNya

Istimewanya orang yang

bercinta dengan Allah

mendapat balasan

cintaNya kerana

seluruh isi langit dan

bumi akan turut

mencintainya

Kecintaan Allah

berakhir dengan

bahagia dan tenang tika

di dunia lagi.

Di akhirat. dijaminkan

pula kebahagiaan yang

abadi Begitulah

istimewanya insan yang

mencintai Allah yang

Maha Pencipta.

Semoga akulah orang itu.

mencintaiMU sepenuh hatiku...

T



Sunday, July 19, 2009

Makanan Rohaniku....

assalamualaikum...

salam ukhuwah....

emmm...topik makan....
makan....makan...makan..
wah...bestnyer...kenyang...
tadi aku mkn nasi dlm claypot...
aku makan ais kacang...
aku makan mee sizzling....
++++ mcm2 lagi lh....
asyik makan aje...
eh!!! dah gemuklah......fizikal mula menunjukkan hasil
hasil....makan ...makan ...makan...

akibat..???

malas nak solat...
malas nak baca AL-Quran..
malas nk solat sunat tahajjud...
malas nak puasa....

ishk3....
malas...malas...malas....

tanpa aku sedari...
macam mana dengan rohani aku???

KURUS!!!!

mcm mane nk nampak??
dah benda kt dalam....
hati berbisik....
tp...walaupun dah byk makan tp still rasa lapar....
rase kosong!!!
itulah akibat makanan rohani x diberi...
huhu....
sedih aku...sendirian....sorang2...
rase mcm dah ramai kawan....tp still rase sorang2....
huhu...
....rohaniku berbisik...
"itulah....ko x beri aku makan!!"
aku dah x berdaya nak mengisi hatimu lagi....
huhu....

aku.....
"mcm mane aku nak bagi makan untuk kau???
senang je....
kau hiasilah dirimu....

"bagaimana???"
pakai make up...???
tidak perlu semua itu...

antaranya...

*solat lima waktu....di awal waktu
*baca Al-Quran...walau sehelai muka surat/hari
*berpuasa....menahan nafsumu
*solat sunat tahajjud....menenangkan jiwa yg gundah
*bersedekah...boleh menyenangkan hati...

itulah yang akan menggemukkan aku....(rohani)

baiklah wahai rohani ku...
jika itulah perlumu.....
aku akan berbuat mengikut kehendakmu....
aku tahu....itulah yang perlu bagiku...
untuk mendapat redhaNYA....kasihMU....

wallahuallam....

Thursday, April 23, 2009

Kekasih penenang jiwa

sambungan kasihMu....

Alhamdulillah...hari nie...hari kedua aku amik exam...dan alhamdulillah gak kerna Allah bagi peluang pada aku menjawap soklan dengan tenang dan sabar.Walaupun ada satu dua soalan yang aku x sempat untuk habiskan...tp aku redha kerana mungkin hanya setakat itu rezki yang Allah kurniakan untuk aku...setimpal dengan usaha yang telah aku lakukan...

Kejadian yg terjadi pd seorang sahabatku tadi sewaktu exam tamat banyak meginsafkan aku...kejadiannya dia tidak ternampak soalan last...hampir suku dari markahnya hilang....aku mambayangkan betapa agungnya kuasa yang Esa kerana Dia yang nenentukan segalanya...
Walaupun sekuat mana usaha yang telah aku lakukan tp segala ketentuan dariNya...

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu"

Surah Yasin: ayat 82

Ya Allah...Agungnya Engkau Ya Allah...tiada tempat lain selain Engkau tempat aku...hambaMu yang lemah ini memohon pertolongan dan perlindungan....Engkau yang menciptakan aku.memlimpahkan rezki...dan padaMu jua aku kembali....huhu

"Maka Mahasuci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan"

Surah Yasin: ayat 83

aku tau...setelah aku menghantar soalan exam tadi...aku dah tidak boleh menyesali apa yang telah aku lakukan.apa yang pasti aku hanya perlu bertawakkal kepadaNya....sentiasa berdoa padaNya dimudahkan olehNya...

"Dan apabila hamba- hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan pemohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."

Surah Al-Baqarah: ayat 186

Ya Allah...aku memohon padaMu sentiasa memperolehi kebenaran dan sentiasa dalam redhaMu...Amiin....lastly nota untuk diriku...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh, Allah berserta orang- orang yang sabar"

Surah Al-Baqarah: ayat 153

Oleh itu...wahai sahabat2 ku yang berada di luar sane...bersabarlah menghadapi segala ujian walau apa pun ujian...mintalah kekuatan menghadapi ujian itu dari Allah yang Esa....Allahu Akbar!!!

wallahualam...

Tuesday, April 21, 2009

KasihMu tetap disisi....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hari ini first time aku try sesuatu yg baru...baru untuk aku.Semalam...after baca Yaasin..terus tido.nak study tp ngantuk..paginya aku bangun mengerjakan yg wajib...then terus buka YM...terlinklah aku dgn blog seorang sahabat baikku nun jauh di UK.selepas baca artikel dalam blog sahabatku tu..terketuk pintu hatiku nk bt blog nie...terima kasih sahabat...kerna tinta darimu menyedarkan aku betapa kerdil..betapa hinanya aku kat dunia nie...Alhamdulillah...kasihMu masih di sisiku...tetap tidak meninggalkan aku walaupun aku dah banyak melakukan dosa dan kesilapan.

Sejenak aku termenung..."T...ko memang ego!!!" tersedar aku dari kelemahan aku...terima kasih sahabatku lagi sekali kerana menyedarkan aku.KasihMu tetap di sisiku....Kau masih menyayangiku ...mengingatkan aku melalui sahabatku...Emm...manusia memang pelupa...perlu sentiasa diingatkan...terima kasih CINTA...terima kasih sahabat....KasihMu ke Syurga....CINTAku...hanya ALLAH dan Rasul ALLAH...