BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 16, 2012

Masih KAAB BIN MALIK...=)

Bismillahirrahmanirrahim...=)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....(^_^)

(1)Katakanlah (Muhammad), " Dia lah Allah, Yang Maha Esa.
(2)Allah tempat meminta segala sesuatu.
(3)(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
(4)Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia."
[Al-Ikhlas:1-4]

Pagi yang gelap, kini sudah terang...lalala~*(^_^)*
Alhamdulillah...masih lagi diberi nafas untuk menyambung & berkongsi kisah Kaab Bin Malik dengan para sahabat semua...=). jOm, kita teruskan pengembaraan kisah ini....

Sambungan kisah KAAB BIN MALIK

Begitulah yang aku hadapi selama 40 hari.....
Dalam tempoh itu, Raja Ghasasinah menghantar surat kepada aku, 'Telah sampai kepada kami apa yang muhammad lakukan kepada kamu sedangkan kedudukan kamu dalam kaum kamu lebih mulia drp diperlakukan begitu. Kalau kamu datang kepada kami nescaya kami akan muliakan kamu'. Berlaku pergolakan dalam diri aku, memilih Madinah, pesuruh Allah yang memboikot aku ataupun kerajaan Ghasasinah yang memberi tawaran kepada aku. Aku tahu ini ujian untuk aku. Aku lemparkan surat ini ke dalam api supaya hati aku selamat.

Selepas 40 hari, Muhammad menghantar wakil kepada aku memerintahkan aku tidak menggauli isteriku . Aku bertanya kepadanya," Adakah pesuruh Allah mengarahkan aku menceraikan isteriku?"

Wakil itu berkata, 'tidak perlu diceraikan. Pesuruh Allah mengarahkan kamu tidak menggaulinya sahaja." Aku menyuruh isteri aku pulang ke rumah keluarganya. Isteri aku mengatakan kepada aku, " Hilal dan Mararah mengekalkan isteri mereka di rumah mereka. Hanya mereka tidak menggauli isteri mereka."

Aku berkata kepada Isteriku, "Mereka sudah tua, tetapi aku masih muda. Nanti apa kata pesuruh Allah kepada aku." Lebih baik kamu pulang ke rumah keluarga kamu. Selama ini, hanya isterinya sahaja yang bercakap dengannya.

Akhirnya, aku sampai ke tahap merasakan dunia ini terlalu sempit. Diri aku benar2 tertekan. Aku rasa tidak mampu membawa diri lagi. Selepas 50 hari berlalu kami diboikot! Ketika aku sedang bersembahyang di atas bumbung rumahku, aku mendengar satu jeritan. 'Wahai Kaab bergembiralah.' Rupa2nya turun ayat pengampunan kepada kami. Dua orang sahabatku berkejar memberitahuaku. Seorang menunggang kuda, seorang lagi berjalan kaki, kerana rasa ketinggalan,naik ke tempat tinggi dan menjerit supaya suaranya sampai dulu kepadaku. Aku bersyukur dengan berita ini, aku hadiahkan baju yang aku pakai kepadanya sedangkan itu sahaja pakaian aku. Aku terpaksa meminjam baju isteriku. Apabila aku ke Masjid Nabawi, semua orang datang mengucapkan tahniah kepada aku. Kerana ramainya orang, aku menghadapi kesulitan untuk sampai ke masjid. Akhirnya aku berjaya masuk ke dalam masjid. Pada masa itu, pesuruh Allah sedang duduk bersama para sahabat yang utama. Aku memberi salam. Mereka semua menjawap salam aku. Talhah bin Ubaydillah bangun dan memeluk aku dan mengucapkan tahniah diatas pengampunan drp Allah. Demi Allah, aku tidak akan lupakan perbuatannya ini.

Selepas itu, pesuruh Allah berkata kepadaku, " bergembiralah, wahai Kaab bin Malik. Bergembiralah dengan hari yang paling baik kamu lalui sejak kamu dilahirkan oleh ibumu."

Allah mengampunkan mereka bertiga dengan turunnya ayat 117 hingga 118 daripada surah at-taubah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menerima taubat nabi dan org2 Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya berjuang dalam masa kesukaran, sesudah hampir2 terpesong hati segolongan drp mereka drp menurut nabi berjuang. kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah amat belas, lagi Maha mengasihani ke atas mereka. Dan Allah menerima pula taubat tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubat mereka sehingga bumi yang luas ini terasa sempit kpd mereka kerana mereka dipulaukan dan hati mereka pula menjadi sempit kerana menanggung dukacita serta mereka yakin tidak ada tempat untuk mereka lari daripada kemurkaan Allah melainkan kembali bertaubat kepadanya, kemudian Allah memberi taufik kepada serta menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Penerima Taubat Lagi Maha Mengasihani."

Begitulah indahnya tarbiah Allah kepada hambanya..selagi kita yakin bahawa Allah maha pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya. jangan lah kita putus asa dengan rahmatnya...Alhamdulillah...Maka tamatlah cerita untuk setakat ini...(^_^)

marilah kita same2 mengambil iktibar drp cerita ini....

"Then whenever you've tried, put your trust to Allah. Allah loves those who put their trust ti Him." [Ali-Imran:159]

peAce no wAr...*(^_^)*T

0 comments: